Thursday, April 2, 2009

emmm...rindu???? org sabah ba...skrg:)

alhamdulillah...akhirnya aku berjaya masuk balik dlm bolg kesayangan ini....hehehe 02/04/2009...hari ke-3 aku cuti sakit.tu la...main bola sampai sakit2.:) bukan apa... dah nama malang x berbau...maka tergelincirlah anak mama ni di padang bola jaring...gara-gara terpijak minyak garisan gelanggang yang belum kering.huh,aduuuuuhhhhh...allahuakbar! sakitnya..kepala, blkng dan bontot aku.... terdiam lama gak la...pusing2 aku dalam padang tu...sakit sangat.trutama kepala, hentakan kuat beb! tgh2 cuti...semalam, aku punya kakak ipar ni...gile punya org...menangis giler2 aku....cis! aku kena APRIL FOOL dr dia!!!!!!!!!!! ah, sita....siap kau! mcm2 dia buat!hish, aku akan igt tarikh tu...knp la nakal sangat org tu??? RINDU....RINDU...RINDU.... RINDU SGALANYA PD KENANGAN, KWN2, MYLOVE, FAMILY...MAMA..... rindu sangat...aku ni asyik nangis je...apa da....lagi2 bila duk ulang dengar lagu sepi yuni sara ni.... sampai liriknya pun aku dah hafal... apa x rindumua...skrg ni dah berjauhan..
aku dah di postingkan 05/01/2009 di sabah...SEMPORNA, SABAH. SMK BUGAYA, bermulalah jejak seorg pejuang dan pendidik:)
alhamdulillah, aku tggal sklai ngan k.sya, k.iza dan k.fara y satu kpala org semenanjung. kenal plak geng2 di sekolah k.sabrina, k.zalina, k.nida, k.ann, ckgu ridu,mahazan...em....lagi gila2.sonot, best! k, sblum ambe check out...x lupa bt ank2 murid y disayangi...5A,5B,5H,5G&4C, 4G,4H....dan semua ank2 didik PPIM serta yang kenal ustazah wan...hehehhehe....ustazah wan tu...:)) assalamualaikum! love u all.

GAMBAR KENANGAN... MAULIDURRASUL 2009(28/03/2009)
Kali pertama, bunga di antara kumbang, di sekolah baru posting: eniey jadi ahli panel...pepun, alhamdulillah permulaan dan percubaan yang menarik:)

DARI KIRI : MODERATOR, CIKGU SARAIL....USTAZ SHAHARUDDIN, USTAZ FADZLI DAN ENIEY....USTAZAH WAN NOR ROSENAINI BINTI WAN NOH :)


Friday, March 28, 2008

bestnyer....

salam...assalamualaikum.

em...dah lama x buka blog ni, tp walaupun x menulis dlm blog istimewa ni...kelas ICT tetap jalan :)
minggu terakhir DPLI ni, kelas banyak bt presentation. mcm2 tajuk kami bentang...dan macam2 ragam dapat tgk...
huuhuuhu...gaya guru...ada yang serius, ada yang gelak2...ada yang diam kaku je, x kurang yang terketar2.hahhahah...maacam2 la

pepun, pembentangan berjaya dengan ok...kumpulan eniey pun bentang gak. kami terdiri daripada husaif, yus, eniey dan asmak... dua orang akhir ni...cik Umi panggil nama lain...nam galmour la...
asmak dipanggil nama2. eniey plak datin.
adui...mn datangnyer...kn tanya budak2 DPLl ni...diorg la..:) mesra alam sgt

tajuk pembentangan kami khusyuk solat...alhamdulillah, kami bentang dengan baik je. Cik Umi pun baik je...:) heheh

minggu ke sepuluh, kami buat IWB dengan pengajar dari luar, Cik Fenny Setiawan. best la...tau x IWB tu apa?
Interaktive white board la...kami blajar cara nak mgajar gn komputer tp lebih menarik dan cantik la...touch screen je ..
boleh sorok2 bahan, lukis, tulis, tampal, padam...dan byk lg...semuanya gn cari pada papan elektronik je.

seminggu lepas tu kami diminta bt sendiri dan bentang secara individu. eniey punya buat tajuk tingkatan dua, "beriman dengan kitab-kitab suci". hari bentang tu...best la, tp kurang selesa kit, leher terkehel la...susahla nak gerak kit.. :(

tp akhir minggu terakhir ini la...sedih plak... CIK UMI...TQ banyak2! best blajar ngan cik umi... kami x kan lupa cik umi!

semua pengalaman dan kenangan eniey akan ingat. lagi2 bila tgk dokumen tugasan. semua tugasan, kami pos kan dalam blog dan ada gak hantar dalam bentuk CD...

lastly, tq so much my nice guru:) CIK UMI....n all my friends DPLI...TQ so much!
eniey doakan kita dapat buat exam dgn elok dan cemerlang...jom kita majukan bidang perguruan!



TQ SO MUCH, SORRY 4 EVERYTHING & GOOD LUCK 4 U ALL!


Sunday, February 24, 2008

andai ku tahu....dedakasi hati untuk semua yang bergelar hamba TUHAN

andai ku tahu

kapan tiba ajalku

ku akan memohon

Tuhan tolong panjangkan umurku


andai ku tahu

kapan tiba masaku

ku akan memohon

Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

aku takut akan semua dosa-dosaku

aku takut dosa yang terus membayangiku


andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku

izinkan akumengucap kata taubat padaMu..

ampuni aku dari segala dosa-dosaku

ampuni aku

menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia yang takut neraka..

namun aku juga tak pantas di surga


andai ku tahu

kapan tiba ajalku

izinkan aku mengucap kata taubat padaMu

ampuni aku dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu
ahh...







Monday, February 11, 2008

MINGGU KE ENAM = SCHOOLNET & PENGURUSAN MAKMAL

Selamat pagi...salam ceria dan keikhlasan penuh senyuman.. :)

Dunia...semakin hari semakin canggih..semakin hari semakin maju...
"interesting"kan life kita sekarang? itulah yang berlaku dalam dunia siber atau dengan arus teknologi kita. melihat kepada realiti kehidupan hari ini, semua orang inginkan sesuatu kerja, tugasan dan tanggungjawab dilakukan dengan cepat dan senang. semua kita mengejar masa dan amat mementingkan kerja dan tugasan kerana itulah lumrahnya dunia sekarang. sesiapa yang lambat akan ketinggalan dan semakin gagal.
jadi, untuk seiring dengan kehendak arus pemodenan zaman, antara kita saling berlumba menimba ilmu dan melaksanakan tugasan masing-masing. sehinggakan hari yang 24 jam itu bagaikan tidak terasa terlalu panjang. sungguhpun begitu, kita harus juga menjenguk ke belakang sekali-sekala sebagai panduan dan pedoman. hal ini kerana dilihat sejak akhir-akhir ini, impak leka dengan kemodenan dan kecanggihan kini, kita seolah-olah semakin sombong dengan tradisi turun-temurun..semua memilih untuk mudah dan cepat. tetapi, langsung tidak dinafikan ada baiknya juga kita mengikuti realiti yang nyata seiring seperti sekarang, sesuai dengan arus zaman.
begitu juga jika dibincangkan dari sudut pendidikan. jika dulu kita hanya berdepan dengan buku tulis, buku teks, kapur dan papan tulis, kini pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah ditingkatkan tarafnya menggunakan pelbagai bentuk bahan bantu mengajar dan kaedah yang terkini. sesuai juga dengan falsafah pendidikan kebangsaan untuk meningkatkan JERI iaitu pemantapan jasmani, emosi, rohani dan intelektual, teknologi amat penting bagi menjamin proses pendidikan dilaksanakan dengan berkesan.
melihat kepada status dan taraf pendidikan di negara kita sejak kebelakangan ini, pihak kerajaan telah memainkan peranan penting merangka dan melaksanakan banyak perubahan serta pembangunan dalam pendidikan. antaranya, dengan cara peningkatan taraf penggunaan bahan -bahan teknologi seperti komputer dan sebagainya di sekolah-sekolah. dengan kemudahan komputer yang disediakan di setiap sekolah, banyak membantu gerak kerja bidang pendidikan terutamanya pihak sekolah dan guru. misalnya, dapat mempercepatkan urusan dan menarik minat pelajar untuk lebih bersemangat dalam pelajaran.
pelbagai program telah dirancang untuk meningkatkan taraf pendidikan negara bagi menjamin modal insan yang berkualiti di masa hadapan. antaranya, program PPSMI atau eTeMS, sekolah bestari dan sebagainya. melalui kaedah ini, pendemokrasian dalam bidang pendidikan dapat berlaku dengan baik dan berkesan. antara contoh pendemokrasian ilmu dalam bidang ini ialah dengan wujudnya bahan-bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran seperti jaringan-jaringan web dan sebagainya.
salah satunya ialah, SchoolNet. iaitu ialah antara program yang telah dibuat dengan tajaan Telekom Malaysia Berhad sebagai salah satu projek antarabangsa dengan gabungan antara Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dengan Kementerian Pendidikan. pelaksaannya ialah berbentuk penggunaan teknologi berkomputer untuk mengakses segala maklumat dari segi pendidikan dengan tanpa batasan secara mudah, tepat dan cepat. berobjektifkan peningkatan keberkesanan dalam sistem pendidikan tempatan, program SchoolNet ini telah meluas kemudahan dan teknologi kepada 10,000 buah sekolah di seluruh negara.


ini termasuklah bagi pembangunan pendidikan di kawasan pedalaman dan sebagainya bagi melahirkan generasi yang bijak dan pintar selari dengan penbangunan negara. melalui program SchoolNet, pengguna iaitu guru dan pelajar mampu mendapatkan maklumat dari pelbagai sudut dan topik yang diingini. ini termasuklah melatih untuk menjamin generasi yang pantas mendapatkan ilmu pengetahuan dengan melayari pelbagai laman web di internet bagi mempelajari ilmu-ilmu tertentu dengan lebih menarik dan menyeronokkan.


berbalik kepada kaedah yang dulu, kita dapat mencari perbezaan corak pendidikan dulu yang secara manual yang hanya melalui buku semata-mata berbanding dengan menggunakan kemudahan SchoolNet yang banyak membantu mendapatkan bahan pendidikan . jadi, benarlah bahawa setiap pembangunan itu ada hikmahnya. tinggal hanya kita yang menggunakannya ke arah yang baik atau sebaliknya. kalau kita bijak menggunakan kemudahan ini dengan betul, kita akan semakin terkedepan. jadi, bagi menyokong arus pembagunan dalam pendidikan, wajar ke atas kita untuk melihat dengan positif perubahan ini.

sepintas lalu.....pengurusan makmal komputer

dalam menggunakan bahan teknologi seperti komputer, aspek keselamatan diri (pengguna) dan bahan elektrik amat perlu dititikberatkan. ini kerana, kemalangan dan kecederaan boleh berlaku di mana- mana pun termasuklah semasa proses menggunakan komputer dan mengendalikan komputer. selain itu, langkah berjaga-jaga ini penting bagi menjamin kualiti bahan untuk lebih tahan lama, serta membantu mendidik kita menjadi pengguna yang bijak, cermat dan teliti dalam menggunakan barangan.

antara kaedah yang dipelajari dan dibincangkan dalam aspek keselamatan komputer ialah :

  1. Pastikan komputer tidak berada di bilik suhu yang terlalu panas
  2. Guna ‘stabilizer’ supaya voltan elektrik terkawal
  3. Elakkan terhantuk, tergegar dengan kuat, terjatuh
  4. Jangan letak di dalam boot kereta
  5. Tutup komputer dan peranti unit dengan lapis plastik
  6. Elakkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa casing
  7. Tanggalkan plug daripada soket elektrik
  8. Elakkan sambung kabel peranti (mouse/keyboard) ke sistem unit tanpa sistem unit di
    shutdown
  9. Jangan menanggal/memasang RAM/kad lain ke dalam storan tanpa memutuskan sumber
    elektrik
  10. Biarkan sistem unit ‘cool down’ sebelum membaik pulih komputer
  11. Pastikan kabel monitor, kabel kuasa dan kabel peranti-peranti terurus dan tidak terlipat di belakang sistem unit
  12. Apabila menyambung kabel-kabel ke sistem unit, lakukan dengan berhati-hati supaya pin kabel tidak terbengkon/patah

manakala bagi pengendalian keselamatan dan keselesaan pengguna, ialah :


1.Pastikan meja komputer terurus, sistem unit terletak di tempat sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti

2. Guna penapis cahaya monitor
3. Laraskan kedudukan monitor dengan mata harus 18-24 inci jauh dari mata
4. Sekiranya membuka casing sistem unit, pastikan sistem unit di shutdown, putuskan bekalan kuasa elektrik dan tanggalkan plug

5. Semasa penyelenggaraan elak memakai tali leher, barang kemas dan berambut panjang
6. Pastikan wayar kuasa dalam keadaan baik
7. Jangan tanggalkan penyambung wayar kuasa pada komputer dalam sistem unit tanpa sebab


O.K...best of luck..!






Saturday, February 9, 2008

PPSMI...apa tu? eTeMS ke...

salam sahabat-sahabat...
sepantas masa berlalu secepat hari berganti, eh rupanya kita dah masuk minggu ke 5 dalam kelas teknologi dan inovasi. kesibukan diri pada dunia kemajuan sekarang kadang-kadang melekakan kita dari melihat sesuatu perancangan dengan lebih teliti dan bermanfaat.


sebagai contohnya, kita jarang meneliti setakatmana arus pendidikan kita sekarang. kalau ada pun, tentunya bagi contoh-contoh ibu bapa yang mempunyai anak di alam persekolahan atau di peringkat menara gadaing. itu pun kalau mereka"alert"... bukan apa, pentingnya bagi kita walaupun sudah tamat belajar secara formal,ilmu itu tetap perlu ditimba berterusan supaya kita tidak ketinggalan zaman dan mundur berbanding generasi kini.


jika dulu, kita dibesarkan dengan mainan-mainan, lahir je mengadap dunia dan masyarakat, kalau maju pun hanya setakat mengadap televisyen. tetapi, generasi kini lahir pun dah pandai mengadap komputer, main mainan yang canggih-canggih. lihatlah betapa cepatnya arus pemodenan kita bergerak. kalau itu pun kita tidak pandang atau fikir remeh dengan ilmu, tidak mustahil ilmu kita pun boleh dikalahkan oleh budak-budak. renung-renungkanlah...


sesuai dengan tujuan pembelajaran kita, dalam kesempatan kali ini saya ingin membawa anda semua melihat, merenung dan mengkaji salah satu perubahan ilmiah dalam bidang pendidikan kita hari ini. PPSMI.... tahukah saudara-saudari apa itu PPSMI??? em, saya yakin dan percaya bukan semua yang tahu dan faham apa itu PPSMI.. baiklah, biar saya terangkan daripada apa yang saya pelajari dari kelas teknologi dan inovasi saya minggu ini.


sebenarnya PPSMI ini adalah satu rancangan kerajaan yang dirangka dan telah pun dilaksanakan di sekolah-sekolah sejak tahun 2003 dengan kaedah baru pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa inggeris di dalam subjek sains dan matematik.bermatlamat bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PPSMI dan secara khusus prestasi murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik menjelang PMR tahun 2005, pihak kerajaan juga telah mengatur program dan pelan strategi peningkatan keberkesanan PPSMI dan profesionalisme bagi guru-guru matapelajaran tersebut.


adapun begitu, perubahan kaedah baru ini juga turut ada pro dan kontranya. ada setengah pihak yang menerimanya dengan terbuka dan ada juga yang melihat perubahan ini sebagai satu yang drastik, sangat kompleks dan amat sukar. bagi pendapat saya, perubahan ini adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang positif dan amat baik untuk dipraktikkan dalam kehidupan kini.


apa yang menjadi punca masalah ketidakpersetujuan ini saya rasa ialah mungkin kerana terdapat juga masyarakat kita yang kurang endah dengan pembudayaan ilmu dalam kehidupan dan keluarga, menyebabkan rutin menuntut ilmu itu dianggap sebagai satu paksaan, bukan kerelaan atau minat. ditambah pula dengan bahasa yang akan digunakan bukanlah bahasa melayu, membuatkan jiwa anak-anak dan sesetengah ibu bapa ini memberontak dan mengatakan bahawa ia AMAT SUSAH!!!

sepatutnya, sebagai orang yang semakin melangkah ke hadapan, istilah payah atau tidak boleh perlu kita fikir kembali. adakah ia sesuai digunakan dalam bidang menuntut ilmu. biasanya orang yang ingin berjaya dan maju kurang menggunakan istilah susah, payah atau ringkasnya tidak beralasan dalam menuntut ilmu. tanpa susah perit menuntut ilmu, tiadalah indahnya ilmu itu dan biasanya ia kurang terkesan.
berbalik kembali kepada PPSMI atau juga di panggil dengan nama eTeMS, ia merupakan satu metod baru dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi guru dan pelajar. sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan modal insan yang berkualiti dalam masyarakat. ini kerana, selain dapat belajar meaplikasikan bahasa inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran, mereka juga mampu belajar untuk menguasai bahasa ini.


Untuk menjadi negara perindustrian bergantung besar kepada bidang sains dan teknologi. Kejayaan dalam menyediakan pendidikan sains dan matematik pada peringkat awal akan menjaminkan sebuah masyarakat berpengetahuan yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2002 telah membuat keputusan di mana pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaannya telah dimulakan pada tahun 2003 untuk Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam.

Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa maka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003 adalah tepat pada waktunya. Langkah ini akan membolehkan pelajar memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang sains dan matematik di samping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber termasuk penggunaan alat bantu mengajar ICT yang membantu menjadikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik lebih menarik dan berkesan.


Pelaksanaan PPSMI sebagaiamana berikut:
1.Penyebaran MaklumatMaklumat mengenai pelaksanaan disebar luas melalui Program Road-Show kepada:

-Pengetua / Guru Besar
-Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
-Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah
-Ibu bapa dan juga Masyarakat Umum
2. Kesediaan Guru ( Semua guru yang mengajar Sains dan Matematik telah menjalani latihan dalam tiga peringkat ) iaitu:
-Kursus orientasi kurikulum sains dan matematik bagi sekolah rendah dan menengah
-Latihan profisiensi bahasa Inggeris melalui Kursus 2 days on-site dan 5 days Full immersion.
-Latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan notebook dan LCD.
Seramai 27, 543 guru telah menerima latihan dan ini termasuk 2,585 dari sekolah jenis kebangsaan Cina dan 927 dari sekolah jenis kebangsaan Tamil.

3. Pihak Sekolah :-

-Set generator akan dibekalkan kepada sekolah yang tidak ada bekalan elektrik.
-Peruntukan 'one-off' sebanyak RM 5,000 - RM15,000.00 diberikan kepada sekolah untuk membeli peralatan tambahan.
-Semua sekolah yang dilengkapkan dengan projector LCD, skrin, speaker dan subwoofer, notebook dan troli.

4. Dari sudut Bahan Sokongan :-
-Teaching courseware dalam bahasa Inggeris.
-Skrip pengajaran dalam bahasa Inggeris.
-Pakej buku teks tambahan yang mengandungi buku teks jilid 1 dan 2, buku aktiviti murid, buku panduan guru, CD-Rom guru dan murid

antaralain strategi dan kaedah yang dirancang untuk meningkatkan kualiti PSSMI iaitu :-
  • Menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeri
  • Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris guru
  • Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid
  • Mewujudkan suasana yang menggalakkan kelicinan PPSMI
  • Peningkatan kefahaman konten sains dan matematik dalam kalangan murid
tambahan pula, seperti yang kita maklumi bahawa peningkatan penguasaan bahasa inggeris dalam era globalisasi kini amatlah penting dan semakin dipandang tinggi sebagai satu ciri orang yang berkualiti. bahkan ada juga yang melabelkan bahasa inggeris sebagai satu tahap mutu seseorang. jadi, saya lihat program ini amat sesuai dilaksanakan kerana antara langkah yang digunakan di peringkat awalnya ialah secara berperingkat-peringkat supaya ia tidak menjadi sesuatu yang drastik bagi masyarakat luar bandar dan sebagainya.


Bagi menjamin PPSMI ini mencapai objektifnya, pelbagai langkah telah dijalankan sebagai panduan program ini seperti program pemantauan, bimbingan dan kajian iaitu :

1.Pemantauan kolaboratif oleh JNS
2.Kajian Tahap Kefahaman Tahun 3 dan Tingkatan 3 oleh PPK
3.Kajian penggunaan teaching Courseware oleh PPK
4.Kajian Pelaksanaan PPSMI di sekolah oleh EPRD

selain itu bagi langkah untuk meningkatkan prestasi PPSMI juga turut dipandang serius dengan :


1.Memberi ownership dan tanggungjawab sepenuh kepada sekolah dalam meningkatkan pencapaian sekolah
2.Melaksanakan porogram intervensi PPSMI
3.Membaiki kelemahan dalam aspek persediaan seperti latihan dan pembekalan bahan
Dan...turut diambil langkah diagnostik( pengujian program PPSMI) :

1. Ujian Diagnostik bagi pelajar Tingkatan 1 – hingga 4 dan Tahun 4
2. Buku Glosari Sains dan Matematik
3. Pemantauan kolaboratif PPSMI
4. Program Orientasi BI untuk Pembelajaran Sains dan Matematik
5. Pelaksanaan Separa PPSMI di tahap dua Sekolah Kebangsaan
6. Seminar pengajaran dan pembelajaran peringkat Negeri
7. Program Bahasa Inggeris selepas UPSR
8. Pakej Pembelajaran Kendiri Bahasa Inggeris untuk guru
9. Penyebaran maklumat kepada pengetua

sambil mendengar penerangan dan membuat perbincangan, seperti biasa antara kami ada yang menimbulkan persoalan-persoalan mengenai PPSMI contohnya:

PERSOALAN2 selain istilah2 tertentu seperti JNS, PPK & EPRD....:


Mengapa kerajaan melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?

Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris kerana:
-Sains dan matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dan penyumbang kepada pembangunan negara.
-Sebahagian besar maklumat terkini mengenai bidang ini terdapat dalam bahasa Inggeris.
-Pendedahan awal kepada bahasa Inggeris memberi peluang mengakses maklumat.

Mungkinkah kedudukan Bahasa Melayu berubah?
-Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa penghantar utama dalam sistem persekolahan seperti yang termaktub di dalam Akta Pendidikan Kebangsaan (1996).

Apakah tanggungjawab komuniti dalam hal ini?
-Komuniti perlu memberi kerjasama dan penglibatan sepenuhnya kepada pihak sekolah.
-Ibu bapa juga perlu memberi galakan dan keyakinan kepada anak-anak mereka.

Apakah yang diharapkan dengan pelaksanaan dasar ini?
Melahirkan golongan teknokrat yang boleh :
-menyumbang kepada pembangunan negara.
-berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Apakah maksud pengajaran secara separa?
Guru memilih tajuk-tajuk tertentu untuk diajar dalam bahasa Inggeris bergantung kepada kemampuan guru dan murid.


Apakah bahan yang akan disediakan untuk guru dan murid?
Untuk guru :
-Sukatan Pelajaran (SP) yang telah diubahsuai.
-Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang memperincikan kurikulum.
Untuk murid :
-Buku teks
-Bahan-bahan multimedia
-Lembaran aktiviti murid

Sebagai pengakhiran, usaha ini juga diharap akan meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang internet dan ICT selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) yang sentiasa memberi tumpuan dalam aspek pendidikan ini. Kewujudan program baru ini juga adalah sebagai menyahut seruan kerajaan dalam memodenisasi pentadbiran dan peningkatan teknologi selaras dengan matlamat KPM untuk lebih maju. semoga kita mampu bersama-sama berdamping dalam arus teknologi maklumat untuk memberi ruang dan peluang interaksi dikalangan masyarakat pelajar dan guru khususnya dan orang awam amnya.







Hampir Ke Situ


Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki



Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba


Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ


Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu


Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…TUHANKU!

Monday, January 28, 2008

pendidikan...konsep pembestarian sekolah







Assalamualaikum...alhamdulillah bertemu lg. firstly thanks a lot cik Umi Kalsum krn dtg ajar kami..bestla kelas hari ini.


minggu ini, macam2 lagi yang kami terokai dlm bidang pendidikan. "konsep pembestarian sekolah" itulah antara topik perbincangan. selaras dengan pembangunan negara yang semakin canggih dan pesat, arus globalisasi pendidikan juga semakin terkesan dengan kemudahan ICT. demi mencapai taraf kemajuan yang sama dengan negara-negara maju dalam wawasan 2020, kerajaan dan pelbagai pihak menyambut teknologi sebagai satu metod terbaik dalam mengangkasakan matlamat tersebut.



dalam kelas perbincangan Teknologi dan Inovasi pada kali ini lebih tertumpu kepada huraian konsep pembestarian yang dilihat dari sudut pendidikan, iaitu sejauhmana salah satu rancangan kerajaan ini diterima. setakatmana pendedahan, proses untuk mewujudkan suasana ICT di sekolah dan penggunaann kaedah ini adalah antara subtopik yang kami bincangkan bersama. namun, agak janggal kalau kita terus membuat rumusan isi perbincangan ini sebelum kita menghuraikan persoalan berikut. difahami bahawa kata Pembestarian itu sendiri adalah merujuk kepada suatu kata kerja yang melibatkan satu tindakan, gerak kerja atau aktiviti perbuatan untuk menjadikan sesuatu itu bestari ( sama ada oleh orang tertentu seperti kerajaan atau sebagainya )


manakala istilah "Bestari " pula amat sinonim dengan ringkasnya ialah bijak, cemerlang, unggul dan terbaik. Apabila dikaitkan dengan sekolah, ini membawa maksud sebuah sekolah itu adalah antara sekolah yang lebih maju, baik dan selesa dengan segala insfrastruktur dan pencapaian berbanding sekolah-sekolah biasa. Disamping wujudnya pertalian antara guru, pelajar dan komputer.



Dengan mudahnya ciri "Sekolah Bestari" yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan pembelajaran yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan menengah daripada seluruh dunia. Ini melibatkan pemantapan dari seluruh aspek termasuk kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sah.


memetik ucapan Menteri Pendidikan Malaysia sebagai fakta, pengwujudan sekolah bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. program pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan teknologi ini dijadikan sebagai alat penghubung utama walaupun secara maya. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari."




Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia" Selain itu, projek Sekolah Bestari juga telah menghasilkan lima 'Concept Requests For Proposals' penyelesaian dalam bidang pendidikan untuk membantu mewujudkan sekolah bestari, antaranya:-
  1. Bahan Pengajaran dan Pembelajaran


  2. Sistem Penilaian


  3. Sistem Pengerusan Sekolah


  4. Infrastruktur Teknologi


  5. Integrasi Sistem


antara petikan pendapat mereka yang memandang positif dan berusaha untuk merialisasikan matlamat ini tentang konsep pembestarian sekolah ialah :




Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004



The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.





Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources.Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives
Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996



… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.



Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005



melihat kepada perkembangan serta kepentingan ilmu ICT, kami dapat menyimpulkan penglibatan serta sokongan ibu bapa dan komuniti adalah sangat penting dalam memberi kerjasama sama ada berbentuk moral atau kewangan atau sebagainya.


bertujuan memudahkan urusan pelbagai pihak dan membantu meningkatkan taraf pendidikan sejajar dengan kehendak realiti, konsep sekolah bestari yang bertunjangkan penggunaan alam maya sebagai penghubung rasmi pendidikan, ia juga penting untuk memupuk semangat cintakan ilmu dengan kaedah mendemokrasikan pendidikan.


dalam perbincangan kami, ada juga antara kawan-kawan yang memberi respon dengan bertanyakan soalan, memberi komen dan berkongsi idea.antara persoalan dan ideanya ialah:


PERSOALAN

  1. sejauhmana pendedahan dan perlaksanaan ICT di sekolah bestari telah membantu pendidikan??



  2. adakah keberkesanan dan kualitinya mampu memberi kualiti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik atau sama berbanding metod yang dulu??

IDEA/KOMEN

  1. tujuan untuk menjadikan sekolah sebagai sekolah bestari adalah baik dan patut, namun setakat ini hanya segelintir sahaja yang mencapai tujuan asal. sebaliknya masih banyak lagi kawasan luar bandar dan sekolah-sekolah yang terpinggir dengan ICT atau kemudahan pengkomputeran.
  2. bentuk2 ICT yang meliputi bahan sekolah bestari seperti perisian multimedia interaktif, wetware, smartschool dan link-link seperti schoolnet.

jesteru, bagi pendapat saya dalam membuat perancangan yang baik ini, seharusnya ia dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci agar semua masyarakat walaupun tidak terus mahir, sekurang-kurangnya tahu dan mampu menaplikasikan kemudahan dan kemajuan ini bersama dalam bidang pendidikan masing-masing.


semoga aspirasi wawasan 2020 akan tercapai dalam memartabatkan bidang pendidikan agar istilah sekolah bestari bukanlah menjadi sesuatu yang asing lagi. bagi kawan-kawan yang ingin memahami konsep sekolah bestari dengan lebih terperinci, boleh juga merujuk kepada antara web-web berikut :




sekian, salam bestari...


MENITI MIMPI

KAU TERDENGAR KICAUAN BEBURUNG
YANG MENYANYI DI DADA PELANGI
KAU MENGGAPAI AWAN DILANGIT MEMUTIH
DIRIMU LEBUR DIMAMAH MENTARI

KAU IMPIKAN HARAPAN MENGGUNUNG
DI LORONG HANYIR KEHIDUPANMU
KAU HIRUP SARI MADU BUNGA BERACUN
MEWARNAI DUNIA MISTERI MIMPIMU

KAU CALARI SETANGKAI HATI IBUNDA
YANG MENITI DI BILAHAN HARI-HARI
KAU HITAMKAN WAJAH AYAHANDA
YANG MENGHARAPKAN SINAR KEHIDUPAN


APALAH YANG HENDAK DIHARAPKAN LAGI
SEMUA SUDAH JADI TAKPASTI
BANGKITLAH SEGERA DARI MIMPI NGERI
PULIHKAN KEMBALI SEBUAH HARGA DIRI

SINAR HIDUPMU TIADA NYALAAN API
BERLABUHLAH DI MUARA INI
PASRAHKANLAH HIDUPMU KE LORONG ILAHI
DI SANA MENANTI SYURGA YANG ABADI
DI SANA MENANTI SYURGA YANG HAKIKI









Monday, January 14, 2008

KuLiaH MiNGGu 3 EniEy...em, ilmu baru:)

Assalamualaikum wbkth..
tanggal 08/01/08 adalah hari pertama eniey bersama kawan-kawan dalam kelas PJFD 5101-Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. em..bunyi subjek pun dah mencabar dan menarik. tepat jam 9.00 pagi, kami berkenalan dengan subjek ini.. selain pn. Saedah, kami dibantu oleh dua tenaga pengajar yang baik dan ceria, Cik Chin dan Cik Ummi, kami diberi penerangan tentang proforma subjek.

Selepas belajar memasukkan rekod dan membuat blog sendiri pada minggu kedua iaitu minggu lepas, hari ni pagi-pagi lagi eniey dan kawan-kawan bergerak ke makmal masing-masing dengan penuh bersemangat dan ceria untuk memulai blogspot kami. macam2 kami belajar hari ini antaranya ialah mengenai teknologi dalam kehidupan kini, terutamanya dalam bidang pendidikan.

em, memang kita ni makin canggih..makin membangun maju
tahu x? teknologi banyak membantu kehidupan kita.. daripada penerangan dan perbincangan di kelas...teknologi didefinisikan dalam lima maksud tertentu iaitu :

teknologi sebagai :-

  1. Satu peralatan, objek atau bahan (contohnya, memalui teknologi menjadi bahan bagi kita dan pelajar untuk membantu atau pun menambahbaik pengajaran dan pembelajaran)
  2. Satu medan penyalur ilmu pengetahuan (iaitu teknologi menyumbangkan banak ilmu dengan mudah dan cerpat)
  3. Termasuk juga suatu aktiviti ( iaitu apa sahaja yang manusia lakukan termasuk rutin hidup, kemahiran dan sebagainya yang diperolehi oleh manusia)
  4. Suatu proses dalam mendapatkan keputusan atau penyelesaian bagi masalah harian seperti kaedah-kaedah pengajaran terutemanya dalam bidang pendidikan
  5. Pengunaan objek-objek yang melibatkan perhubungan antara manusia dan objek-objek sekeliling

Di samping pengenalan tentang teknologi..Cik Ummi juga sempat menerangkan kebaikan dan kepentingan pengetahuan dan pengaplikasian teknologi dalam bidang pekerjaan. alhamdulillah, eniey dah makin faham. rupanya penting sangat kita tahu tentang teknologi ni...kalau x, kita ketinggalan....em, malu dan susah la...

ok..that's all:) jom kita sama2 lumba blajar ICT tau!